Thursday, May 19, 2011

IkHlas ke dia KAt Aku ni?

I.K.H.L.A.S.

Keikhlasan itu tidak dapat dinilai melalui kata kata~"saya ikhlas", tidaklah semudah itu. Apabila kita melakukan sesuatu tetapi takut akan riak sebenarnya kita dah riak. Itulah susahnya untuk menentukan keikhlasan ni. Seorang ilmuan berkata, minta maaf tidak diketahui namanya " ikhlas itu umpama di semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap gelita".

Entry kali ni nak citer pasal bagaimana mengetahui keikhlasan lelaki terhadap wanita. Asyik cter pasal blah pempuan je kan, ahahaha. Kerana entry ni pun dak pempuan gak yang request. Aku xde idea jadi harapkan request untuk awal2 ni. Nak tau adakah lelaki itu ikhlas terhadap pempuan ni kan.

1. Dia sering menjaga maruah wanita itu dan juga dirinya.

Maruah adalah perkara yang bernilai untuk seseorang. Jika hilang maruahnya maka hilanglah kehidupannya. Nak jaga maruah wanita itu, lelaki perlulah sentiasa menjaga batasannya dengan wanita itu, jangan bawa dia ke tempat yang tidak elok jika berjalan pastikan berteman dengan yang mahramnya. Jangan berjalan berdua sekiranya tidak diperlukan.

Bila bercakap perlulah dengan cara yang baik, janganlah seronok sangat bercakap hingga menjatuhkan maruah itu (terutama kalo komen dalam fb). hahaha, Yang ni memang slalu terjadi dah sampai gaduh2 sebab salah cakap je. Bila berpakaian haruslah sopan dan menutup aurat dan perlulah ditegur sekiranya lelaki atau wanita itu tidak berpakaian dengan baik. Bukan nak tunjuk baik tapi hanya kesian kat dia.

Maruah adalah nilai diri setiap insan, jika maruah tidak dijaga seperti dia kehilangan harga diri. Mahukah orang lelaki itu beersama orang yang sudah kehilangan maruahnya, tak mahu bukan. Ini bukan kata pentingkan diri apa tapi inilah realiti dunia masa kini. Bila time muda berkepit ngan pempuan itu ini, touch sana sini, masuk sana sini hingga pempuan yang baik pon jadi x baik, Tapi pastu bila ajak kawen dia x mo. Alasan: "mak aku kata, ko bila nak kawen kena cari pempuan yang baik2 tau, sopan, tutup aurat jaga tingkah laku", huh.....

2. Menghormati keluarga dia dan wanita itu

Janganlah kerek sangat. Bila bercakap baik2, bila berjalan hormat bila diminta pertolongan tolong. Keluarga sendiri ke keluarga pempuan tu ke sama je, mereka tetap manusia. xde beza pon. Jangan dinilai perbezaan darjat kerana ianya hanyalah simpanan di dunia. Jika lelaki berminat pada seorang wanita haruslah dia meminta izin dari keluarga wanita tersebut untuk mendalami wanita itu. Janganlah dia membawa wanita tersebut kehulu kehilir tanpa pengetahuan ibu bapa wanita tersebut. X baik orang kata.

Ape2hal pon keluarga tetap diutamakan. Jangan tinggalkan keluarga kerana cinta yang kadang2 membinasakan. Selagi mereka tidak membezakan seseorang kerana kekurangannya maka mereka tetap benar. Berapa ramai anak2 lari kerana seorang lelaki, bukankah berdosa namanya meninggalkan keluarga kerana sesuatu yang tidak berbaloi. Sudahlah lari, kalo ikut orang kaya ok gak tapi ikut plak orang yang x berduit, dah hidup susah. Dimanakah hormatnya lelaki tersebut terhadap keluarga? Fikirkanlah!!

3. Menerima segala kekurangan wanita itu

Menerima bermakna dia mengikhlaskan hati. Sedia menerima segala apa yang tidak cukup pada wanita itu, cacat ke, muka kena asid ke dia tetap bersama. Dia tahu di dalam kekurangan itu masih tersimpan limpahan kelebihan. Mungkin dia kekurangan dari segi fizikal tapi lebihnya dia pada akhlaknya. Pandai menjaga hati dan juga sentiasa ikhlas ketika bersama.

Kekurangan bukanlah penyebab seseorang itu tidak layak mendapat kebahagiaan kerana kebahagiaan itu hak milik setiap insan. Pilihlah wanita kerana agamanya kerana kamu pasti bahagia, Rupa hanya kan pudar, harta kan ditinggalkan, keturunan x menjamin kemuliaan kerna yang membezakan manusia hanyalah iman. Hanya agama yang boleh menjamin kebahagiaan dan juga tempat di akhirat nanti. Tatkala seorang lelaki berjanji unutk menjadikan wanita itu pasangan hidupnya maka tatkala itu dia bersedia menerima segala perubahan yang bisa terjadi.

4. Memberikan dorongan dan contoh yang baik

Ketika masalah melanda dia sering memberikan kata kata positif. Bila dalam kesusahan dia datang membantu dan tidak mengharapkan balasan. Dorongan yang baik bermaksud dia memberi sokongan dan tidak menghampakan kamu. Tetapi x semua org mampu menjadi seperti itu, jika hadir org seperti itu maka hargailah dia...Mungkin anda x akan menjumpai yang serupa sepertinya kali yang lain


p/s: jangan merokok dan jangan suka sakiti hati orang lain
sorry entry kali ni agak serabut

Tuesday, May 17, 2011

LeLaki YaNg PeremPuan Suka


Erk~ Susahla nak tulis pasal perkara ni sebab ia terlalu umum, tapi atas permintaan seorang sahabat aku dari TTDI Jaya, aku cuba gak la nak tulis benda ni. Dahla dia x bagi guna rujukan sebab dia nak dengar opinion aku sendiri. Perghh memang la x boleh blah, hahahah, Xpe2 disebabkan pagi ni aku free aku try la memerah fikiran aku nak kuarkaan idea:~

Lelaki camne perempuan suka ye? Ermmmm, haaaa

1. Menjaga solat
Solat ini tiang agamakan, budak sekolah rendah pun tau akan hal ini. Sebab apa aku letakkan solat ni first kerana jika solat seseorang itu baik maka urusan2 lain pun akan jadi baik. Ada orang cakap la, ada je orang x solat tapi okay je hidup dia, hepi je. Ye memang ada kes camtu, tapi adakah hepi2 dia dalam keadaan yang diredhai. Kalo ko na
k tau, ko try tanya kat dia dalam hepi2 tu hati dia rasa tenang x. Sedangkan orang ya
ng jaga solat pun kadang2 rasa x tenang inikan pula orang yang x jaga langsung.

Yang aku tekankan kat sini adalah solat lima waktu. Solat2 sunat tu personal2 ok. Insyaallah orang yang solatnya terjaga akan sentiasa menjaga dirinya dan juga orang lain agar tidak terjebak melakukan dosa. Hari ini kita boleh lihat sendiri bap
e ramai pemuda yang x solat, kalo time solat jumaat tu bape ramai yang lepak kat kedai minum2, apa dorg x malu ke dengan orang ramai kat situ
(ni pempuan la kata, aku pi solat aku x nampak la, hehe) nak kata sakit x, sihat je tapi napela malas sangat nak pi solat tu kan. aisshhhh.



2. Menjaga perhubungan sesama manusia

Perhubungan lelaki dengan lelaki, perhubungan lelaki dengan perempuan semua kena jaga. Jika dengan lelaki, jagalah aurat tu, bila time bercakap jangan sampai ada yang tacink2, bergurau2 juga tapi lihatlah denga siapa kita bergurau. Ada orang x kisah pon orang bergurau secara kasar tapi ada gak yang jenis terasa. Jadi bila bercakap tu pandang2 la, jangan suka2 je, hahaha.
Sentiasa bergaul dengan baik, jangan gaduh2, x elok gaduh2
ni. Itu bukan nabi ajar kat kita soh gaduh2. Rasa x yah hurai panjang2 kot sebab orang laki2 tau la kan nak wat ape.

Kalo ngan pempuan plak, jagalah batasan ye, jangan touch2 sane sini, haram tau. Pegang makhluk pink gemuk tu lagi baik dari touch seorang perempuan.
Bila bercakap mestilah dijaga agar ia x melukakan hati pempuan tu, x semestinya bermanis kata tapi cukuplah sekadar menyedapkan telinga yang mendengar. Jagalah maruah seorang pempuan itu sepertimana kamu menjaga maruah ibu dan adik beradik pempuan kamu. Jika kamu sayang pempuan tu janganlah kamu rosakkan dia tetapi bimbinglah dia kepada kebaikan. Senang citer la kan, berbuat baiklah dengan pempuan ok, dorg ni kadang2 mungkin cerewet la, jual mahal, ngada2 tapi memang itulah sifat perempuan. Paham2 je lar.

Nak tulis ape lagi eikkk~~fikir2~~think...

3. Kemas

Kemas x semestinya pakai pakaian yang mahal2. Bundle pun xpe asalkan pandai nak bagi match. Rambut kenalah jaga ckit, jangan duk serabai je, x nak sikat pun basahkan ckit bagi lembut. Janganlah bagi nampak cam sarang tebuan. Orang pun takutla. huhu. Baju kena bersih jangan duk penuh ngan bekas2 kotoran, euwww. Kekemasan diri ini korg dah blaja dari kecik kan, jadi mesti dah paham. Pempuan mesti x mo kan kalo laki dia selekeh cam org yang xde duit langsungkan.

4. Senyum

Senyumlah dengan ikhlas kerana senyum itu satu sedekah. Senyumlah cam dalam lagu malique feat Najwa tu, ehhehe. Senyuman melambangkan keperibadian kita. Bila kita senyum oarang pun senang nak rapat dengan kita. Senyum seindah suria yang menyinari di awal pagi sbb senyum boleh mengembalikan mood kita kepada yang lebih baik. Senyuman yang diukir membawa seribu makna kepada orang yang menghargai kita.

pergi seberang lintasi titi
ketawa melihat si bayang bayang
senyumlah dengan seikhlas hati
sebagai penyejuk hati yang tersayang

Senyuman itu penyembuh luka, penyejuk hati juga sebagai pendamai keresahan.

5. Ikhlas

Ikhlas tika berkawan. Ikhlas itu x pernah dapat dinyatakan kerana ianya sungguh abstrak. Bila ikhlas bermakna dia x pernah mengharapkan balasan atas apa yang pernah diberikan. Ikhlas menolong, ikhlas membantu dan ikhlas menyintai. hahaha.

Ikhlas kerana mengharapkan balasan yang lebih baik dari Allah...ikhlas eik ikhlas tau, hahaha


List ini hanyalah pendapat semata mata. Nak ikut ikutlah x mo pun aku x kisah, Bukan aku rugi apa pun. Pempuan juga nak cari mestilah laki yang ada duit, bukan semestinya kaya tapi cukuplah dia mampu untuk menampung dirinya dan juga keluarga, Xde la nak hutang sane sini sampai menyusahkan orang lain.

Orang kata duit bukanlah menjamin kebahagiaan , ye benar tapi tanpa duit juga kebahagiaan boleh hancur dalam sekelip mata. Bape ramai wanita tinggalkan suami kerana suami dia x mampu sara hidup dia, Ingatlah, wahai para lelaki, apabila tiba masanya untuk kamu bekerja maka bekerjalah dengan sehabis baik kerana kamu adalah ketua dalam setiap keluarga. Carilah rezeki yang halal lagi baik. Dunia sekarang bukan macam dulu. Orang sekarang ni x rela hidup susah tau x.

Pempuan2 janganlah hanya mengharap yang terbaik sahaja dari seorang lelaki tapi cubalah juga jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jika kamu nak yang terbaik datang kepada kamu maka ubahlah dirimu dahulu. ~please~

Aku minta maaf sekiranya entry kali ini agak berterabur kerana sesungguhnya aku tengah berusaha untuk improve penulisan aku ni, Insyaallah~~Aku bukanlah amik kos menulis2 ni tapi sekadar berkongsi idea~~jik ada yang part2 yang terguris hati sape2 minta maap la ye, x sengaja pun...

p/s :Jagalah solat, jangan menipu dan jangan hisap rokok.

Monday, May 16, 2011

FaMili


Inilah filem terbaru keluaran rakyat Malaysia yang akan menemui anda di pawagam pada 19 Mei nanti, nampaknya ia akan memberikan saingan kepada filem NUR KASIH yang dijangka meletup. hahahah. Takdelar ni semua adalah famili aku time blaja kat UiTMPP.

Kami terdiri daripada pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal, elektrik dan juga farmasi. Awam dan hotel kami xde, sori ye, hahahah.

Sebenarnya famili ni saje je diwujudkan tapi lama kelamaan jadi best plak, dah jadi satu group, hehehe. Ada along, angah achik dan lain2 lagi. Cukuplah nak wat satu keluarga yang besar, hehehe, Yelar, nak rasa famili besar2 x dapat jd create la famili baru. Kitorang selalu makan sama2, ada masalah leh share2, jalan2 sama2, bes la join ngan mereka ni. Sume pon sempoi je gila2 pun ada. Aku bersyukur ada mereka ni, selalu menceriakan hidup aku. Mungkinlah depan2 mereka aku xde la tunjuk excited sangat tapi sebenarnya aku gembira cume simpan je, hehehe.

Ha, kami juga lain2 negeri tau, ada perak, johor, klantan , Kl dan selangor. Tak pernah kami bezakan negeri kami. Baguskan hidup camni bahagia je. Aku sayang mereka ni dan mereka pon semuanya orang yang hebat2, aku respectla. Mungkin kadang2 ade la salah paham ckit2 tapi boleh dimaafkan. Tak elok pun simpan lama2 dalam hati.

inilah nama2 famili ni

Syafiq Ramli
Nasman Nizam
Faiz Nadzri
Ummi Alya
Ellyana
Fatihah Raub
Naqiatul intan Farhain Haji bakri (panjangnyer nama)
Shahirah binti Dzulkifli



shahirah

Inilah kami yang tiada dalam gambar di atas, hahaha, maka dengan ini cukuplah 9 orang, aku saje je citer pasal ni sebab dah bosan sangat duk umah kan.

Nak bagitau ni aku sayang korang semua, aku xde simpan dendam ke apa, apa yang penting bersahabatlah dengan baik dan jangan pernah mengkhianati okay.

Ini ada sebuah pantun yang baru je reka, hahaha

makan durian 3 ulas
durian dibeli di kedai Ismat
bila bersahabat biarlah ikhlas
agar diberkati dunia akhirat

Entry kali ni saje2 je ye, jagalah solat, jangan menipu dan jangan hisap rokok, Asslamualaikum

Sunday, May 15, 2011

SangKa


situasi tidak baik
  1. ish. dah la muka buruk, nak dress up macam artis je, konpem baju pinjam ni.
  2. ko tengok budak tuh baju kedut2 ni mesti mak dia pemalas nak gosokkan baju anak dia ni.
  3. ermmm baju dia biasa2 je, ni mesti xde duit ni, baik aku halau dia sebelum dia buat pelanggan aku lari.
situasi yang baik
  1. muka kita tak boleh ubah, lagipun ingat muka cantik sume berduit ke
  2. ish, entah2 mak dia dah gosokkan tapi pagi tadi sarapan baju terkena sos, dia tukar la baju tak sempat gosok.
  3. pakaian tak melambangkan status okay, ntah2 dia beli barang ke kan ko x dapat untung.
Pernahkah anda berada dalam situasi di atas, anda rasa anda jenis orang yang macam mane, yang bersangka buruk ke baik, harap2 anda pilih yang baik la ye. Bersangka buruk adalah sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Kita tak boleh la suka hati nak judge orang berdasarkan pemerhatian kita,

Siapalah kita, sepatutnya layanan diberikan sama rata x kiralah siapa pon (kepada customer). Sebenarnya bila kita sangka buruk ni, kita dah set kan minda kita supaya berfikiran negatif. ia dah mengganggu mood kita. Tak best kan. Jika kita sangka buruk dan sangkaan kita tu salah kan dah dapat dosa free, Eeee x nak kan camtuh, jd berhentilah wat camtu. X baik x baik.


Janganlah kita bersangka buruk sesama kita kerana ia tidak baik dan hanya melemahkan diri kita. Allah pun x suka orang2 bersangka buruk.


lepas sekolah balik rumah
rumah terletak di tepi paya
bersangka buruk amalan mazmumah

harap dijauhkan dari kita





Bersangkalah baik ye, fikirkan perkara positif, x salah pon bahkan lebih baik.
Bukan hak kita hendak judge manusia itu kerana kadang manusia yang kita judge tu lebih baik dari kita.

Harapan semoga entry ini dapat memberikan manfaat kepada semua, saya masih belajar dan masih banyak kekurangan. Jaga solat, jangan menipu dan jangan hisap rokok. Assalamualaikum....

Malu Tapi Mau


Pernah x korg rase perasaan camni, rasa suka, sayang ataupun cinta... Mesti ada kan, hehehe esp yang teenagers ni. Tipulah kalo xde langsung. Okay nak cakap sini, kadang korg rase perasaan tu datang sebab apa ye, ermmm pikir2. x tau kan. Selalunyalah ia datang secara tetiba je, kita nampak seseorang itu pastu terus terpikat, kalo orang kata cinta pandang pertama, ahahahaha klakar2 ...abis tu kalo dia pandang kali ke 2 baru jatuh cinta camne plak, cinta pandang kedua ke.

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah apa yang korg akan lakukan sekiranya kamu telah jatuh cinta? Korang terus datang kat si dia dan terus try ngorat, ataupun kamu menahan perasaan kamu agar kamu x leka dengan cinta ini, rasa2 la korang pilih yang mana eik?

Tanya diri jawablah sendiri. yang aku nak citer kat sini adalah tentang orang yang menahan perasaan ni. Sikap sebegini bukanlah bermakna orang ini x gentlemen, penakut, ataupun tak serius akan perasaannya. Sebenarnya orang begini adalah lebih serius tentang perasaan dia, dia sentiasa fikirkan tentang dirinya dan juga diri orang yang dicintainya itu. Dia tidak mahu dirinya menjadi penyebab kepada rosaknya akhlak wanita itu, jatuhnya maruah wanita dan juga memberikan syaitan kemenangan percuma. Ingat wanita tu cam kereta ke, suka2 nak guna, touch up sana sini pastu show off pada sume org. Eeeee sori ckit ye.

lagu In team :

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Sambung citer balik, orang yang begini susah nak cari sekarang ni sbb terlalu ramai kita tgk kat luar sane yang couple sana sini. Ada yang dah cam married pon, pegang2 sane sini...Dalam hati orang yang menjaga perasaan dia ni terdetik juga niat nak couple2 kan, rasa seronok jew ade yg menemani pi jalan2 x sunyi. Malam2 leh manja2 call selalu. Ermm itulah manusia secara logiknya, x pernah sempurna sentiasa ada kelemahan. Jika rasa diri sudah mampu maka risiklah dan ikatlah sebuah pernikahan, insyaallah kekal bahagia.

Akan tetapi dorg tetap bertarung dengan diri sendiri sebab mereka percaya bahawa takdir Allah itu melebihi segalanya. Susah sebenarnya nak lawan nafsu ni sbb iman manusia ni menaik dan menurun x kira masa. Time tgh lemah tu mulalah tanagn tu gatal2 nak kaco org tu, mesej2 sane call2 hinggalah semak2 kat wall tetiba je kan. hahaha,
Bila tgh kuat tu barulah rasa nak taubat, cuba lupakanlah walaupun x leh nak lupa...

Inilah namanya malu tapi mahu, malu itu berharga kerana malu itu yang menjadikan seseorang itu "special". Jika seorang wanita semakin sukar untuk didekati maka wanita itulah yang sebaiknya, Wanita2 di luar sana juga boleh jadi special, anda cuma perlu kuatkan hati anda agar tidak mudah dijadikan permainan lelaki. Yang lelaki pula janganlah asyik fikir nak jaga anak orang je, jaga diri sendiri dulu, dah la makan minum sume parents support ada hati nak jaga anak orang, "nanti kalo tak book dari sekarang, orang lain plak ambik", jangan risau ye bang, kamu akan tahu siapa untukmu bila tiba masanya..

Kepada pemuda2 yang dihormati, jagalah dirimu sebelum kamu mahu menjaga anak orang okay.
Kepada pemudi pula, jadikanlah diri kamu itu special ye, jangan biarkan harga dirimu tergadai kerana seorang lelaki.

Kepada bakal isteriku yang aku pun x tau siapa lagi, awak sabar la ye, buat masa ni awak blajarlah dengan baik ye, saya pun nak abiskan study saya dulu, pastu baru boleh dapat kerja yang bagus. Nanti bila saving saya dah cukup saya pinang awak ye. Saya x nak awak hidup susah bila dah kahwin nanti. hehehe...Sabar lah ye:)

ini hanya opinion ye, jika ada tersalah minta ditegur dengan cara baik. Jangan hisap rokok, jagalah perhubungan dan hormati ibu bapa. Assalamualaikum

Friday, May 13, 2011

Tajam tak Lidah Anda


mulut macam longkang

ko ni mmg bodohlah,

keje camtuh pun x reti nak buat

kecik2 tak nak mampus dah besar susahkan orang

ko memang sial la


Ahahahah, nilah ayat2 yang biasa kita dengar orang time org tgh marah kan, ini baru ckit x masuk lagi carut2 punyer, (subhanallah).. Bila dah marah, cakap x pernah nak jaga, men sembur jew cam naga yang kuarkan api. Kadang2 sampai tersembur air liur tuh, hahaha.


Tapi cuba kita fikir balik, time kita marah tu ada x kita jaga hati org itu. Kita fikir x apa dia rasa, marah ke, sedih ke , tacink ke, x kan? Sebab time tuh kita pikir nak lepaskan geram je. Kadang2 memang brtul kita marah orang yang salah tapi marahlah dengan cara yang baik, bukan ikut nafsu je. Bila marah ikut nafsu maknanya kita hanya mengikut kata2 syaitan.Kata x nak jd kawan syaitan tapi kadang2 kita terlupa bahawa kita tgh menguikut arahannya. Berbalik kepada tajuk kita, lidah lagi tajam dari pedang, betul kah? hahaha cam x logik je kan, but that is the truth....


Mmg bila kita sentuh lidah kita tangan x berdarah pun kan, sbb itu secara zahirnya. Secara dalamannya lidah ni mmg bahaya tau.

orang2 dulu pernah berkata


Terlajak perahu boleh diundur

Terlajak kata masuk kubur ( hahaha, ni aku reka sbb terlupa yg betul punyer)


kerana pulut santan binasa

kerana mulut badan binasa


Hahaha orang2 dulu pun dah bg amaran kat kita soh jaga mulu2 jaga mulut..jangan duk blasah je ape nak cakap, canang citer sana sini, fitnah ( masyaallah) x leh cakap la..maki sane sini cam dia sorg je ade mulut, tuhan kerat baru tau.(xde insurans nyer mulut). laki ke pempuan sama je kadang2, ade je org yang camni tapi harap anda semua x camni ye, anda baik2 kan,,,bagus3


Nak citer pasal marah tadi balik, slalunya org yg kita marah akan rase down betul x? Dia rasa cam dia lemah je, x berguna n ape2 je la. Bawa kete pon sampai x nampak traffic light, naseb bek x langgar org. Jalan pon cam org dah x betul je, sampai ade yg rasa nak bunuh diri sbb dia rasa x de function dah hidup kat dunia nih ( yg ni jgn wat ye, mati nanti konpem masuk NERAKA ). Pernah ke kita buat kat orang sampai camtuh, fikirkanlah..Kalo kena cucuk ngan pedang, pastu terus mati kan, full stop

Tapi kalo kena maki hamun ke marah ke x leh mati tapi hati tu rasa macam dicucuk seribu shuriken naruto, wuu sakit tuh!!

Lebih2 lagi kalo yang marah tu orang yang kita sayang ke hormat ke, lagilah berganda ganda sakitnya. adeii.


Maka ingatlah jagalah tutur katamu x kiralah dengan siapa pon kita berbicara sama ada yang tua ataupun muda, ngan baby sejalipun. Mulut ni Allah ciptakan untuk berbicara perkara yang baik2 ye, berdakwah, bukannya berhebah ataupun berfitnah. Kepada perokok pula, benti2 lah hisap rokok okay, sebab ko la kadang2 org maki hamun tau. Elok2 tgh jaga mulut, ko hembus2 depan org dah terkeluar sume ayat2 hot...aduhai..Kepada yang telah diberi nasihat pula, ikutlah baik2, jangan sampai kena marah baru nak ikut, pastu baru tacink kata org marahla. Dah memang ko yg salah ape nak wat lagi...


Akhir kata, jagalah kata2 kerana kata2 itu lebih tajam dari pedang, jangan menipu, jangan hisap rokok, jangan makan benda yg haram dan x sihat okay...Assalamualaikum n take care u all..esp u

Wednesday, May 11, 2011

PuTus CiNta


Putus cinta? Ia dah jadi perkara yang biasa kita dengar dalam kehidupan kita.
Mari kita tafsirkan masksud putus cinta ye....

Putus: terlerai atau tidak bersambung
Cinta: perasaan sayang yang lahir dari hati tanpa paksaan (hahah mainn reka je_)

kenapa putus cinta ini selalu terjadi ye? Ermmm sape yang salah sebenarnya?
Boys or Girl??
sebenarnya x leh nak salahkan sesiapa dalam hal ni kerana mungkin kadang2 dua2 degil x pon ade yg dah cinta cam nak mati (tipu je sume ni) tapi kena tipu plak kan,,manusia mmg lah begini, sentiasa nak lebih baik, huhu. Cinta ini menyakitkan kan? Betul x?
kerana cinta manusia sanggup tinggalkan keluarga, kerana cinta juga segala yang ada dikorbankan (termasuklah maruah.....yg ni x baik tau__)

in my opinion okay: putus cinta bermakna Allah menyelamatkan kita daripada terus leka dengan permainan dunia ini, Mungkinlah time cinta2 dulu asyil membazir je, men sms beribu kali sebulan, calling pagi ptg siang malam (sampai ganggu org lain) berkepit sana sini cam belangkas..Solat pi mane quran lagi la plak..(hanya certain2 la)

Bila dah putus baru nangis2. baru tanya kenapa Allah buat camni kat aku, Allah x sayang aku ke? x mo lihat aku bahagia ke?
Sesungguhnya cinta Allah itu melebihi dari mana2 cinta yang wujud di dunia ini, kerana Allah sayang kamu lah DIA buat begitu, kerana DIA tahu bahawa kamu akan lebih bahagia bersama org yang lain yang telah dijodohkan kepada kamu...Pilihan Allah adalah sebaik baik pilihan.

3 perkara yang Allah telah tetapkan untuk kamu iaitu Jodoh, Ajal, Rezeki. Jangan risau pasal ini...kita boleh usaha untuk mendapat yang terbaik tapi Allah yang decide kan apa yang terbaik utk kita. Nak citer pasal jodoh ye, bukanlah kita x perlu mencari tapi perlulah dengan cara yang betul, kalo time tgh blaja tu lebih baiklah fikirkan pasal pelajaran (lebih baik okay bkn x leh) Sebelum kita mencari jodoh kita, apakata kita koreksi dulu diri tu, cukup sempurna ke solatku, puasaku, zikirku..Telah ditetapkan bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..

Benar cinta itu hadir tanpa kita duga dan kadang2 kita x mahu pun tapi ia datang dengan sendiri. Sekiranya kamu x mampu untuk mengikat sebuah tali pernikahan, cukuplah sekiranya kamu mencintai dia dalam diam, bermakna kamu hanya memendam perasaan kamu tanpa melafazkannya padanya. Jika benar dia adalah untuk kamu, sejauh mana pun kamu pergi Afrika, Madagascar dan Zimbabwe sekalipun kamu akan tetap bertemu dengannya juga. Dan apabila kamu telah merasakan bahawa kamu mampu maka nikahilah dia kerana ia bisa menyelamatkan dirimu dan dia dari perkara maksiat.

Tolong ye, janganlah kamu menangis kerana cinta yang sia2 kerana cinta Allah terhadap kamu melebihi segalanya...Ingatlah tangisan yang berbaloi hanyalah tangisan keinsafan yang bisa memadamkan api neraka...

Putus cinta tidak bermakna anda kehilangan segalanya
Putus cinta tidak bermakna anda lemah
Putus cinta tidak bermakna anda tidak layak hidup di dunia ini lagi
Putus cinta tidak bermakna anda tidak layak untuk menerima sebuah cinta

tetapi putus cinta bermakna anda telah diselamatkan dari terus leka dan lalai dengan permainan syaitan dan nafsu yang ingin melihat anak2 Adam berada bersama mereka ni akhirat kelak dalam tempat yang dinamakan NERAKA!!

Nikah connecting people.
Wanita2 di luar ingatlah selagi kamu tidak bernikah maka kamu adalah tanggungjawab ibu bapa kamu, jika kamu melakukan dosa maka ianya akan ditanggung juga oleh ibu bapa kamu (tidakkah kamu kasihan melihat mereka yang telah membesarkan kamu)
Pemuda2 di luar sana, janganlah kamu merosakkan wanita2 yang baik ini dengan permainan yang kamu ciptakan, jika kamu inginkan dia maka pinanglah dan akhirinya dengan ikatan yang sah.

Kehilangan sebuah cinta itu memang menyakitkan lebih2 lagi jika orang yang ditunggu diambil oleh orang lain...Tapi ku cuba mengerti bahawa ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku. Allah knows better than us...
kamsamida, terima kasih, thank you, shei shei, syukran

First time tulis blog panjang2