Thursday, May 19, 2011

IkHlas ke dia KAt Aku ni?

I.K.H.L.A.S.

Keikhlasan itu tidak dapat dinilai melalui kata kata~"saya ikhlas", tidaklah semudah itu. Apabila kita melakukan sesuatu tetapi takut akan riak sebenarnya kita dah riak. Itulah susahnya untuk menentukan keikhlasan ni. Seorang ilmuan berkata, minta maaf tidak diketahui namanya " ikhlas itu umpama di semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap gelita".

Entry kali ni nak citer pasal bagaimana mengetahui keikhlasan lelaki terhadap wanita. Asyik cter pasal blah pempuan je kan, ahahaha. Kerana entry ni pun dak pempuan gak yang request. Aku xde idea jadi harapkan request untuk awal2 ni. Nak tau adakah lelaki itu ikhlas terhadap pempuan ni kan.

1. Dia sering menjaga maruah wanita itu dan juga dirinya.

Maruah adalah perkara yang bernilai untuk seseorang. Jika hilang maruahnya maka hilanglah kehidupannya. Nak jaga maruah wanita itu, lelaki perlulah sentiasa menjaga batasannya dengan wanita itu, jangan bawa dia ke tempat yang tidak elok jika berjalan pastikan berteman dengan yang mahramnya. Jangan berjalan berdua sekiranya tidak diperlukan.

Bila bercakap perlulah dengan cara yang baik, janganlah seronok sangat bercakap hingga menjatuhkan maruah itu (terutama kalo komen dalam fb). hahaha, Yang ni memang slalu terjadi dah sampai gaduh2 sebab salah cakap je. Bila berpakaian haruslah sopan dan menutup aurat dan perlulah ditegur sekiranya lelaki atau wanita itu tidak berpakaian dengan baik. Bukan nak tunjuk baik tapi hanya kesian kat dia.

Maruah adalah nilai diri setiap insan, jika maruah tidak dijaga seperti dia kehilangan harga diri. Mahukah orang lelaki itu beersama orang yang sudah kehilangan maruahnya, tak mahu bukan. Ini bukan kata pentingkan diri apa tapi inilah realiti dunia masa kini. Bila time muda berkepit ngan pempuan itu ini, touch sana sini, masuk sana sini hingga pempuan yang baik pon jadi x baik, Tapi pastu bila ajak kawen dia x mo. Alasan: "mak aku kata, ko bila nak kawen kena cari pempuan yang baik2 tau, sopan, tutup aurat jaga tingkah laku", huh.....

2. Menghormati keluarga dia dan wanita itu

Janganlah kerek sangat. Bila bercakap baik2, bila berjalan hormat bila diminta pertolongan tolong. Keluarga sendiri ke keluarga pempuan tu ke sama je, mereka tetap manusia. xde beza pon. Jangan dinilai perbezaan darjat kerana ianya hanyalah simpanan di dunia. Jika lelaki berminat pada seorang wanita haruslah dia meminta izin dari keluarga wanita tersebut untuk mendalami wanita itu. Janganlah dia membawa wanita tersebut kehulu kehilir tanpa pengetahuan ibu bapa wanita tersebut. X baik orang kata.

Ape2hal pon keluarga tetap diutamakan. Jangan tinggalkan keluarga kerana cinta yang kadang2 membinasakan. Selagi mereka tidak membezakan seseorang kerana kekurangannya maka mereka tetap benar. Berapa ramai anak2 lari kerana seorang lelaki, bukankah berdosa namanya meninggalkan keluarga kerana sesuatu yang tidak berbaloi. Sudahlah lari, kalo ikut orang kaya ok gak tapi ikut plak orang yang x berduit, dah hidup susah. Dimanakah hormatnya lelaki tersebut terhadap keluarga? Fikirkanlah!!

3. Menerima segala kekurangan wanita itu

Menerima bermakna dia mengikhlaskan hati. Sedia menerima segala apa yang tidak cukup pada wanita itu, cacat ke, muka kena asid ke dia tetap bersama. Dia tahu di dalam kekurangan itu masih tersimpan limpahan kelebihan. Mungkin dia kekurangan dari segi fizikal tapi lebihnya dia pada akhlaknya. Pandai menjaga hati dan juga sentiasa ikhlas ketika bersama.

Kekurangan bukanlah penyebab seseorang itu tidak layak mendapat kebahagiaan kerana kebahagiaan itu hak milik setiap insan. Pilihlah wanita kerana agamanya kerana kamu pasti bahagia, Rupa hanya kan pudar, harta kan ditinggalkan, keturunan x menjamin kemuliaan kerna yang membezakan manusia hanyalah iman. Hanya agama yang boleh menjamin kebahagiaan dan juga tempat di akhirat nanti. Tatkala seorang lelaki berjanji unutk menjadikan wanita itu pasangan hidupnya maka tatkala itu dia bersedia menerima segala perubahan yang bisa terjadi.

4. Memberikan dorongan dan contoh yang baik

Ketika masalah melanda dia sering memberikan kata kata positif. Bila dalam kesusahan dia datang membantu dan tidak mengharapkan balasan. Dorongan yang baik bermaksud dia memberi sokongan dan tidak menghampakan kamu. Tetapi x semua org mampu menjadi seperti itu, jika hadir org seperti itu maka hargailah dia...Mungkin anda x akan menjumpai yang serupa sepertinya kali yang lain


p/s: jangan merokok dan jangan suka sakiti hati orang lain
sorry entry kali ni agak serabut

No comments:

Post a Comment