Tuesday, May 17, 2011

LeLaki YaNg PeremPuan Suka


Erk~ Susahla nak tulis pasal perkara ni sebab ia terlalu umum, tapi atas permintaan seorang sahabat aku dari TTDI Jaya, aku cuba gak la nak tulis benda ni. Dahla dia x bagi guna rujukan sebab dia nak dengar opinion aku sendiri. Perghh memang la x boleh blah, hahahah, Xpe2 disebabkan pagi ni aku free aku try la memerah fikiran aku nak kuarkaan idea:~

Lelaki camne perempuan suka ye? Ermmmm, haaaa

1. Menjaga solat
Solat ini tiang agamakan, budak sekolah rendah pun tau akan hal ini. Sebab apa aku letakkan solat ni first kerana jika solat seseorang itu baik maka urusan2 lain pun akan jadi baik. Ada orang cakap la, ada je orang x solat tapi okay je hidup dia, hepi je. Ye memang ada kes camtu, tapi adakah hepi2 dia dalam keadaan yang diredhai. Kalo ko na
k tau, ko try tanya kat dia dalam hepi2 tu hati dia rasa tenang x. Sedangkan orang ya
ng jaga solat pun kadang2 rasa x tenang inikan pula orang yang x jaga langsung.

Yang aku tekankan kat sini adalah solat lima waktu. Solat2 sunat tu personal2 ok. Insyaallah orang yang solatnya terjaga akan sentiasa menjaga dirinya dan juga orang lain agar tidak terjebak melakukan dosa. Hari ini kita boleh lihat sendiri bap
e ramai pemuda yang x solat, kalo time solat jumaat tu bape ramai yang lepak kat kedai minum2, apa dorg x malu ke dengan orang ramai kat situ
(ni pempuan la kata, aku pi solat aku x nampak la, hehe) nak kata sakit x, sihat je tapi napela malas sangat nak pi solat tu kan. aisshhhh.



2. Menjaga perhubungan sesama manusia

Perhubungan lelaki dengan lelaki, perhubungan lelaki dengan perempuan semua kena jaga. Jika dengan lelaki, jagalah aurat tu, bila time bercakap jangan sampai ada yang tacink2, bergurau2 juga tapi lihatlah denga siapa kita bergurau. Ada orang x kisah pon orang bergurau secara kasar tapi ada gak yang jenis terasa. Jadi bila bercakap tu pandang2 la, jangan suka2 je, hahaha.
Sentiasa bergaul dengan baik, jangan gaduh2, x elok gaduh2
ni. Itu bukan nabi ajar kat kita soh gaduh2. Rasa x yah hurai panjang2 kot sebab orang laki2 tau la kan nak wat ape.

Kalo ngan pempuan plak, jagalah batasan ye, jangan touch2 sane sini, haram tau. Pegang makhluk pink gemuk tu lagi baik dari touch seorang perempuan.
Bila bercakap mestilah dijaga agar ia x melukakan hati pempuan tu, x semestinya bermanis kata tapi cukuplah sekadar menyedapkan telinga yang mendengar. Jagalah maruah seorang pempuan itu sepertimana kamu menjaga maruah ibu dan adik beradik pempuan kamu. Jika kamu sayang pempuan tu janganlah kamu rosakkan dia tetapi bimbinglah dia kepada kebaikan. Senang citer la kan, berbuat baiklah dengan pempuan ok, dorg ni kadang2 mungkin cerewet la, jual mahal, ngada2 tapi memang itulah sifat perempuan. Paham2 je lar.

Nak tulis ape lagi eikkk~~fikir2~~think...

3. Kemas

Kemas x semestinya pakai pakaian yang mahal2. Bundle pun xpe asalkan pandai nak bagi match. Rambut kenalah jaga ckit, jangan duk serabai je, x nak sikat pun basahkan ckit bagi lembut. Janganlah bagi nampak cam sarang tebuan. Orang pun takutla. huhu. Baju kena bersih jangan duk penuh ngan bekas2 kotoran, euwww. Kekemasan diri ini korg dah blaja dari kecik kan, jadi mesti dah paham. Pempuan mesti x mo kan kalo laki dia selekeh cam org yang xde duit langsungkan.

4. Senyum

Senyumlah dengan ikhlas kerana senyum itu satu sedekah. Senyumlah cam dalam lagu malique feat Najwa tu, ehhehe. Senyuman melambangkan keperibadian kita. Bila kita senyum oarang pun senang nak rapat dengan kita. Senyum seindah suria yang menyinari di awal pagi sbb senyum boleh mengembalikan mood kita kepada yang lebih baik. Senyuman yang diukir membawa seribu makna kepada orang yang menghargai kita.

pergi seberang lintasi titi
ketawa melihat si bayang bayang
senyumlah dengan seikhlas hati
sebagai penyejuk hati yang tersayang

Senyuman itu penyembuh luka, penyejuk hati juga sebagai pendamai keresahan.

5. Ikhlas

Ikhlas tika berkawan. Ikhlas itu x pernah dapat dinyatakan kerana ianya sungguh abstrak. Bila ikhlas bermakna dia x pernah mengharapkan balasan atas apa yang pernah diberikan. Ikhlas menolong, ikhlas membantu dan ikhlas menyintai. hahaha.

Ikhlas kerana mengharapkan balasan yang lebih baik dari Allah...ikhlas eik ikhlas tau, hahaha


List ini hanyalah pendapat semata mata. Nak ikut ikutlah x mo pun aku x kisah, Bukan aku rugi apa pun. Pempuan juga nak cari mestilah laki yang ada duit, bukan semestinya kaya tapi cukuplah dia mampu untuk menampung dirinya dan juga keluarga, Xde la nak hutang sane sini sampai menyusahkan orang lain.

Orang kata duit bukanlah menjamin kebahagiaan , ye benar tapi tanpa duit juga kebahagiaan boleh hancur dalam sekelip mata. Bape ramai wanita tinggalkan suami kerana suami dia x mampu sara hidup dia, Ingatlah, wahai para lelaki, apabila tiba masanya untuk kamu bekerja maka bekerjalah dengan sehabis baik kerana kamu adalah ketua dalam setiap keluarga. Carilah rezeki yang halal lagi baik. Dunia sekarang bukan macam dulu. Orang sekarang ni x rela hidup susah tau x.

Pempuan2 janganlah hanya mengharap yang terbaik sahaja dari seorang lelaki tapi cubalah juga jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jika kamu nak yang terbaik datang kepada kamu maka ubahlah dirimu dahulu. ~please~

Aku minta maaf sekiranya entry kali ini agak berterabur kerana sesungguhnya aku tengah berusaha untuk improve penulisan aku ni, Insyaallah~~Aku bukanlah amik kos menulis2 ni tapi sekadar berkongsi idea~~jik ada yang part2 yang terguris hati sape2 minta maap la ye, x sengaja pun...

p/s :Jagalah solat, jangan menipu dan jangan hisap rokok.

6 comments:

  1. tapi skunk susah nk jmpe lelaki yg baik..:)

    ReplyDelete
  2. memang susah tp maseh ade, jadilah baik jika hendak bertemu yang baik

    ReplyDelete
  3. aq rse cam blh teka je spe yg duk TTDI Jaya 2...byk ag tips...

    ReplyDelete
  4. banyak tips tp generaknyer ckit2 dah la, hahaha

    ReplyDelete
  5. bagus2.. suka part "Orang kata duit bukanlah menjamin kebahagiaan , ye benar tapi tanpa duit juga kebahagiaan boleh hancur dalam sekelip mata." kalau x salah, ada hadis nabi yg mafhumnya lebih kurang mcm ni, "kefakiran boleh menyebabkan kekufuran." (kalau salah, harap maaflah)

    anyway, rajin kau update hari2.. hehee

    ReplyDelete
  6. trima kasih, aku x reti sangat la pasal hadis ni.

    ReplyDelete