Wednesday, May 11, 2011

PuTus CiNta


Putus cinta? Ia dah jadi perkara yang biasa kita dengar dalam kehidupan kita.
Mari kita tafsirkan masksud putus cinta ye....

Putus: terlerai atau tidak bersambung
Cinta: perasaan sayang yang lahir dari hati tanpa paksaan (hahah mainn reka je_)

kenapa putus cinta ini selalu terjadi ye? Ermmm sape yang salah sebenarnya?
Boys or Girl??
sebenarnya x leh nak salahkan sesiapa dalam hal ni kerana mungkin kadang2 dua2 degil x pon ade yg dah cinta cam nak mati (tipu je sume ni) tapi kena tipu plak kan,,manusia mmg lah begini, sentiasa nak lebih baik, huhu. Cinta ini menyakitkan kan? Betul x?
kerana cinta manusia sanggup tinggalkan keluarga, kerana cinta juga segala yang ada dikorbankan (termasuklah maruah.....yg ni x baik tau__)

in my opinion okay: putus cinta bermakna Allah menyelamatkan kita daripada terus leka dengan permainan dunia ini, Mungkinlah time cinta2 dulu asyil membazir je, men sms beribu kali sebulan, calling pagi ptg siang malam (sampai ganggu org lain) berkepit sana sini cam belangkas..Solat pi mane quran lagi la plak..(hanya certain2 la)

Bila dah putus baru nangis2. baru tanya kenapa Allah buat camni kat aku, Allah x sayang aku ke? x mo lihat aku bahagia ke?
Sesungguhnya cinta Allah itu melebihi dari mana2 cinta yang wujud di dunia ini, kerana Allah sayang kamu lah DIA buat begitu, kerana DIA tahu bahawa kamu akan lebih bahagia bersama org yang lain yang telah dijodohkan kepada kamu...Pilihan Allah adalah sebaik baik pilihan.

3 perkara yang Allah telah tetapkan untuk kamu iaitu Jodoh, Ajal, Rezeki. Jangan risau pasal ini...kita boleh usaha untuk mendapat yang terbaik tapi Allah yang decide kan apa yang terbaik utk kita. Nak citer pasal jodoh ye, bukanlah kita x perlu mencari tapi perlulah dengan cara yang betul, kalo time tgh blaja tu lebih baiklah fikirkan pasal pelajaran (lebih baik okay bkn x leh) Sebelum kita mencari jodoh kita, apakata kita koreksi dulu diri tu, cukup sempurna ke solatku, puasaku, zikirku..Telah ditetapkan bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..

Benar cinta itu hadir tanpa kita duga dan kadang2 kita x mahu pun tapi ia datang dengan sendiri. Sekiranya kamu x mampu untuk mengikat sebuah tali pernikahan, cukuplah sekiranya kamu mencintai dia dalam diam, bermakna kamu hanya memendam perasaan kamu tanpa melafazkannya padanya. Jika benar dia adalah untuk kamu, sejauh mana pun kamu pergi Afrika, Madagascar dan Zimbabwe sekalipun kamu akan tetap bertemu dengannya juga. Dan apabila kamu telah merasakan bahawa kamu mampu maka nikahilah dia kerana ia bisa menyelamatkan dirimu dan dia dari perkara maksiat.

Tolong ye, janganlah kamu menangis kerana cinta yang sia2 kerana cinta Allah terhadap kamu melebihi segalanya...Ingatlah tangisan yang berbaloi hanyalah tangisan keinsafan yang bisa memadamkan api neraka...

Putus cinta tidak bermakna anda kehilangan segalanya
Putus cinta tidak bermakna anda lemah
Putus cinta tidak bermakna anda tidak layak hidup di dunia ini lagi
Putus cinta tidak bermakna anda tidak layak untuk menerima sebuah cinta

tetapi putus cinta bermakna anda telah diselamatkan dari terus leka dan lalai dengan permainan syaitan dan nafsu yang ingin melihat anak2 Adam berada bersama mereka ni akhirat kelak dalam tempat yang dinamakan NERAKA!!

Nikah connecting people.
Wanita2 di luar ingatlah selagi kamu tidak bernikah maka kamu adalah tanggungjawab ibu bapa kamu, jika kamu melakukan dosa maka ianya akan ditanggung juga oleh ibu bapa kamu (tidakkah kamu kasihan melihat mereka yang telah membesarkan kamu)
Pemuda2 di luar sana, janganlah kamu merosakkan wanita2 yang baik ini dengan permainan yang kamu ciptakan, jika kamu inginkan dia maka pinanglah dan akhirinya dengan ikatan yang sah.

Kehilangan sebuah cinta itu memang menyakitkan lebih2 lagi jika orang yang ditunggu diambil oleh orang lain...Tapi ku cuba mengerti bahawa ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku. Allah knows better than us...
kamsamida, terima kasih, thank you, shei shei, syukran

First time tulis blog panjang2

No comments:

Post a Comment