Sunday, May 15, 2011

Malu Tapi Mau


Pernah x korg rase perasaan camni, rasa suka, sayang ataupun cinta... Mesti ada kan, hehehe esp yang teenagers ni. Tipulah kalo xde langsung. Okay nak cakap sini, kadang korg rase perasaan tu datang sebab apa ye, ermmm pikir2. x tau kan. Selalunyalah ia datang secara tetiba je, kita nampak seseorang itu pastu terus terpikat, kalo orang kata cinta pandang pertama, ahahahaha klakar2 ...abis tu kalo dia pandang kali ke 2 baru jatuh cinta camne plak, cinta pandang kedua ke.

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah apa yang korg akan lakukan sekiranya kamu telah jatuh cinta? Korang terus datang kat si dia dan terus try ngorat, ataupun kamu menahan perasaan kamu agar kamu x leka dengan cinta ini, rasa2 la korang pilih yang mana eik?

Tanya diri jawablah sendiri. yang aku nak citer kat sini adalah tentang orang yang menahan perasaan ni. Sikap sebegini bukanlah bermakna orang ini x gentlemen, penakut, ataupun tak serius akan perasaannya. Sebenarnya orang begini adalah lebih serius tentang perasaan dia, dia sentiasa fikirkan tentang dirinya dan juga diri orang yang dicintainya itu. Dia tidak mahu dirinya menjadi penyebab kepada rosaknya akhlak wanita itu, jatuhnya maruah wanita dan juga memberikan syaitan kemenangan percuma. Ingat wanita tu cam kereta ke, suka2 nak guna, touch up sana sini pastu show off pada sume org. Eeeee sori ckit ye.

lagu In team :

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Sambung citer balik, orang yang begini susah nak cari sekarang ni sbb terlalu ramai kita tgk kat luar sane yang couple sana sini. Ada yang dah cam married pon, pegang2 sane sini...Dalam hati orang yang menjaga perasaan dia ni terdetik juga niat nak couple2 kan, rasa seronok jew ade yg menemani pi jalan2 x sunyi. Malam2 leh manja2 call selalu. Ermm itulah manusia secara logiknya, x pernah sempurna sentiasa ada kelemahan. Jika rasa diri sudah mampu maka risiklah dan ikatlah sebuah pernikahan, insyaallah kekal bahagia.

Akan tetapi dorg tetap bertarung dengan diri sendiri sebab mereka percaya bahawa takdir Allah itu melebihi segalanya. Susah sebenarnya nak lawan nafsu ni sbb iman manusia ni menaik dan menurun x kira masa. Time tgh lemah tu mulalah tanagn tu gatal2 nak kaco org tu, mesej2 sane call2 hinggalah semak2 kat wall tetiba je kan. hahaha,
Bila tgh kuat tu barulah rasa nak taubat, cuba lupakanlah walaupun x leh nak lupa...

Inilah namanya malu tapi mahu, malu itu berharga kerana malu itu yang menjadikan seseorang itu "special". Jika seorang wanita semakin sukar untuk didekati maka wanita itulah yang sebaiknya, Wanita2 di luar sana juga boleh jadi special, anda cuma perlu kuatkan hati anda agar tidak mudah dijadikan permainan lelaki. Yang lelaki pula janganlah asyik fikir nak jaga anak orang je, jaga diri sendiri dulu, dah la makan minum sume parents support ada hati nak jaga anak orang, "nanti kalo tak book dari sekarang, orang lain plak ambik", jangan risau ye bang, kamu akan tahu siapa untukmu bila tiba masanya..

Kepada pemuda2 yang dihormati, jagalah dirimu sebelum kamu mahu menjaga anak orang okay.
Kepada pemudi pula, jadikanlah diri kamu itu special ye, jangan biarkan harga dirimu tergadai kerana seorang lelaki.

Kepada bakal isteriku yang aku pun x tau siapa lagi, awak sabar la ye, buat masa ni awak blajarlah dengan baik ye, saya pun nak abiskan study saya dulu, pastu baru boleh dapat kerja yang bagus. Nanti bila saving saya dah cukup saya pinang awak ye. Saya x nak awak hidup susah bila dah kahwin nanti. hehehe...Sabar lah ye:)

ini hanya opinion ye, jika ada tersalah minta ditegur dengan cara baik. Jangan hisap rokok, jagalah perhubungan dan hormati ibu bapa. Assalamualaikum

4 comments: