Sunday, May 15, 2011

SangKa


situasi tidak baik
  1. ish. dah la muka buruk, nak dress up macam artis je, konpem baju pinjam ni.
  2. ko tengok budak tuh baju kedut2 ni mesti mak dia pemalas nak gosokkan baju anak dia ni.
  3. ermmm baju dia biasa2 je, ni mesti xde duit ni, baik aku halau dia sebelum dia buat pelanggan aku lari.
situasi yang baik
  1. muka kita tak boleh ubah, lagipun ingat muka cantik sume berduit ke
  2. ish, entah2 mak dia dah gosokkan tapi pagi tadi sarapan baju terkena sos, dia tukar la baju tak sempat gosok.
  3. pakaian tak melambangkan status okay, ntah2 dia beli barang ke kan ko x dapat untung.
Pernahkah anda berada dalam situasi di atas, anda rasa anda jenis orang yang macam mane, yang bersangka buruk ke baik, harap2 anda pilih yang baik la ye. Bersangka buruk adalah sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Kita tak boleh la suka hati nak judge orang berdasarkan pemerhatian kita,

Siapalah kita, sepatutnya layanan diberikan sama rata x kiralah siapa pon (kepada customer). Sebenarnya bila kita sangka buruk ni, kita dah set kan minda kita supaya berfikiran negatif. ia dah mengganggu mood kita. Tak best kan. Jika kita sangka buruk dan sangkaan kita tu salah kan dah dapat dosa free, Eeee x nak kan camtuh, jd berhentilah wat camtu. X baik x baik.


Janganlah kita bersangka buruk sesama kita kerana ia tidak baik dan hanya melemahkan diri kita. Allah pun x suka orang2 bersangka buruk.


lepas sekolah balik rumah
rumah terletak di tepi paya
bersangka buruk amalan mazmumah

harap dijauhkan dari kita





Bersangkalah baik ye, fikirkan perkara positif, x salah pon bahkan lebih baik.
Bukan hak kita hendak judge manusia itu kerana kadang manusia yang kita judge tu lebih baik dari kita.

Harapan semoga entry ini dapat memberikan manfaat kepada semua, saya masih belajar dan masih banyak kekurangan. Jaga solat, jangan menipu dan jangan hisap rokok. Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment